JOGGING DAN SOLAT  

Posted by DaRuL BaYaN


Jogging Dan Solat


Jangan risau , Yoga hanya diharamkan untuk umat Islam sahaja. Penganut agama lain bebas untuk mengamalkan Yoga. Bagaimana pula dengan Jogging , Haram , Wajib , Sunat , Makruh apa hukumnya ? Ini bukan nak bincang fatwa mengenai Jogging , tapi ini apa pendapat seorang ahli tasauf mengenai jogging atau berjogging.

Pernah saya mengikuti Kuliah Tasauf Tuan Haji Basiron , seorang yang begitu tawadhu , umurnya hampir mencecah 80 tahun , dia pergi mengajar kuliah memandu kereta sendiri , kadang-kadang sampai ke Kuala Lumpur. Wajahnya berseri-seri , setiap kali jumpa semakin cerah dan ceria wajahnya.

Apabila dia mengetuai zikir dan selawat , suaranya begitu lantang dan merdu , mengalahkan suara anak muda. Kalau dengar suara sahaja mungkin sangka kita anak muda.

Kuliahnya banyak memuji sifat Rasulullah saw , banyak memuji kebesaran Allah , banyak menceritakan mengenai azab kubur.Dia pesan dalam kuliahnya , banyakkan solat sunat , solat tahajjud. Kalau masuk waktu terus solat , jangan tangguh tangguh. Kalau boleh 5-10 minit sebelum masuk waktu dah berada di masjid atau surau , berzikir atau baca Al Quran sementara menunggu masuk waktu.

Kemudian dia pesan lagi , buat apa nak jogging-jogging untuk jaga kesihatan (dia tak kata jogging itu haram , dia cuma kata buat apa jogging). Dia kata ada orang jogging mati juga , dan ada orang semasa jogging pun ada yang meninggal dunia. Dia kata cukup dengan kita banyakkan solat.

Pada dia memanglah mudah , tapi untuk kebanyakkan kita seperti saya ini mungkin sukar. Apa yang dia katakan itu memang semuanya benar , walaupun kita tak mampu lakukan.

Pernah sekali Tuan Haji Basiron pesan pada seseorang di pejabat apabila masuk waktu solat terus sembahyang, tapi orang tu selalu tangguh dan tidur dulu. Akhir sekali orang yang dia pesan supaya sembahyang tu meninggal dunia ketika tidur.

Pernah juga dia pesan pada seseorang dalam perjalanan supaya berhenti sembahyang dulu. Tapi orang itu kata nanti sembahyang kemudian. Akhirnya orang itu kemalangan sebelum sempat sampai ke destinasi yang dituju.

Pernah sekali ada orang beri pada dia sumbangan RM 2000 , apabila dia tidur malam , dia keluh kesah tidak lena. Akhirnya dia pulang semula RM 2000 tersebut , kerana katanya itu ialah hasil judi , orang yang berikan wang tadi mengaku memang itu wang judi.

Pernah sekali orang menjemput kenduri kata tuan rumah tadi “Jemputlah makan , lauk tak ada sangat (walaupun terhidang pelbagai lauk)” Akhirnya dia hanya makan nasi tanpa lauk , kerana tuan rumah seperti kita sudah terbiasa cakap lauk tak ada apa sangat.

Kesimpulannya ialah , walaupun kita nampak alim ulama , ahli tasauf, ahli ibadah ni macam tidak mengikuti perkembangan teknologi , tapi kita jangan merendah-rendahkan mereka kerana mereka ini golongan yang hampir dengan ALLAH , dan mereka ini sebenarnya memiliki ilmu yang lebih tinggi daripada kita walaupun kita ini golongan professional , jurutera , doktor , negarawan dan sebagainya.

HIDUP TANPA FILEM  

Posted by DaRuL BaYaN


HIDUP TANPA FILEM

“Eeee… aku tatau le nak hidup camne kalu takde TV!”

Itulah luahan yang sempat dibace ketika borak-borak seorang former dalam satu lama blog. Itulah gambaran bagaimana dunia mesin yang telah mempengaruhi kehidupan manusia. Apatah lagi di era Millenium ini. Dunia digital yang bermula dengan radio, tv, filem, parabola, internet, handycam, CD, DVD, 3G dan sebagainya.

Sebelum peralatan canggih ini wujudpun, manusia telah sedia berhibur dengan lakonan termasuklah teater atau wayang bangsawan. Bermula dengan filem hitam-putih seperti Charlie Chaplin sehinggalah ia menjadi semakin moden dan maju dengan sistem bunyi, digital dan era multimedia.

Dahulunya ia dianggap sebagai bidang dibenci masyarakat. Para artis dinamakan perempuan “Kabaret” sehingga kini menjadi bintang popular yang menjadi sanjungan dan idiola. Dahulunya sekadar mencari sesuap nasi tetapi kini memberi pulangan lumayan untuk wang, nama dan pangkat. Hatta di iktiraf sebagai negarawan dan dianugerah pingat sehingga Tan Sri.

Mereka menjadi orang penting Negara. Terpampang dimuka depan akhbar, majalah dan media. Segala perbuatan menjadi ikutan dan kegilaan masyarakat khususnya generasi muda. Bahkan filem sendiri bukan sekadar bahan hiburan tetapi mempunyai agenda tersendiri disebalik institusi dan industri hiburan berdasarkan sebagai medan propaganda dalam peperangan ideology demi mencapai matlamat pihak-pihak tertentu.

Apabila filem “FITNA” Geet Wilder dari Belanda, menjengah dunia Barat dan mengeletek sensitiviti umat Islam di dunia maka tak sampai 24jam sebuah filem pendek bertajuk “SCHISM” oleh Raed al-Saed dihasilkan ditayangkan melalui Youtube.com.

Sekian lama Hollywood yang dikuasai oleh Yahudi menjadikan filem sebagai alat propaganda mereka dalam mengukuhkan penguasaan mereka dalam politik, ekonomi, agama, budaya dan sebagainya. Hari ini melalui pemancar ajaib dan satelite, boleh dikatakan tiada rumah yang tidak dihinggap dan terkecuali daripada saluran propaganda mereka.

Sehinggakan ia menjadi dadah dan ganja kepada jiwa dan pemikiran umat Islam. Mereka boleh hidup tanpa Islam dan Al-Quran tetapi tak boleh hidup tanpa kotak ajaib dan filem. Hebat, Hebaaattt.